Wednesday, November 11

Maaf...

Maaf kerana khilafku.
Maaf kerana kejahilanku.
Maaf atas segala salah silapku.
Maaf atas segala kekurangan diriku.
Maaf atas segala dosa-dosaku.
Tatkala diri kerap dianggap munafik,
Sesungguhnya...

Seribu kemaafan diiringi dengan,
Sejuta penyesalan dan keinsafan dalam diri,
Kupohon dengan seikhlas hati,
Sungguh tak terluah dengan kata-kata,
Reaksi yang sukar tuk difahami,
Kupasti bahawa tiada siapa yang mengerti.

Dan kuyakin pasti,
Ketetapan pendirian diri masih goyah,
Dan masih mencari-cari siapa diri,
Dan kuakui...
Kerana ego masih menguasai dalam diri ini.
Kuyakin pasti.
Masih ada lagikah peluang untuk kali terakhir?
Patutkah? Mungkinkah?
Masih keliru.

Sekadar mengambil hati atau,
Mengikut keikhlasan hati?
Fobia. Trauma.
Itu yang masih aku rasakan hingga kini.
Masih terasa.
Cukup.

Berhenti mendesak.
Berhenti memaksa.
Berhenti menggunakan kekerasan.
Berhenti beri seribu tekanan.
Huru-hara jadinya.
Mohon tiada gangguan.
Rimas.

Masih perlukan ruang dan masa,
Untuk mencari jawapan yang pasti.
Jauh disudut hati adakah ia...
Terlalu mementingkan diri sendiri,
Tanpa pedulikan yang lain disisi.
Hanya mengikut degil diri,
Hanya turuti rasa hati.

Kerapkali dianggap menyombong diri,
Kerana selesa bila menyendiri.
Sememangnya dari awal kusedari.
Hakikatnya...

Agak meluat bagi yang memerhati.
Tidak juga elok untuk didengari.
Tapi apa yang perlu aku peduli?
Hanya berdiam diri.
Sebab yang kusedia tahu pasti,
Kerana tiada yang mampu mengerti.

Malah...
Hanya kata-kata perli,
Hanya kata-kata umpatan,
Hanya kata-kata kutukan,
Hanya kata-kata sindiran,
Jelingan mata-mata yang penuh rasa kebencian.
Seakan dipulaukan.
Sememangnya dingin.
Sejujurnya,
Tidak ku ambil hati walau sedikit.
Cukup sebati. Lali.

Sebolehnya...
Bimbinglah,
Temanlah,
Tegurlah,
Berbincanglah,
Selami dan fahamilah.
Bertanyalah demi mengelak salah sangka.
Setiap apapun kata putus yang diberi,
Rasanya tak perlu dipertikaikan lagi.
Mengerti dan hormatilah.
Yakin dengan keputusan yang diberi.
Redha dan ikhlaskanlah.
Moga tiada rasa penyesalan di kemudian hari.

Kadang-kadang apa yang dilihat,
Tidak sesekali sama seperti yang difikirkan.
Tak juga semudah disangka apa yang dilaluinya.

Ruang. Peluang. Masa.
Pengertian. Pengorbanan.
Keikhlasan. Kesabaran. Kesedaran.
Masih lagi berdiam diri.
Berhenti mendesak,
Berhenti memaksa,
Berhenti mengugut,
Berhenti mengungkit.
Supaya diri tak terus membenci.
Hanya dengan sekelip mata,
Peluang terus berlalu pergi.
Sia-sia. 

Sendiri

Tak perlu memandai-mandai untuk membuat andaian sendiri.
Pasti ada sebab-sebab atas apa jua yang terjadi.
Tak perlu juga menuduh membabi buta dan menunding jari.

Aku hanya mengikut kata hati.
Aku juga tahu menjaga diri.
Kadangkala aku hanya ingin bersendiri.
Ikut kata hati pasti mati.
Apa yang dilakukan hanya kerelaan dari hati.

Tiada siapa mahupun apa-apa yang memaksa diri ini.
Apa pun yang berlaku tak perlu dipertikaikan lagi.

Tiada siapa yang menemani di sisi.
Percaya atau tidak, fikirlah berkali-kali.
Aku hanya ingin sendiri.
Demi mencari ketenangan di hati.
Harap dan mohon mengerti.

Semoga keserabutan yang ada berlalu pergi.
Ku hanya mampu berserah pada takdir Ilahi.
Aku yang masih tercari-cari kekuatan diri untuk hadapi dengan berani.
Aku yang masih belajar untuk meredhai pada setiap dugaan yang mendatang.
Aku yang terkapai-kapai kerana masih mencari dan mengenalpasti siapa diri.
Kelak, supaya lebih mudah untuk memuhasabah diri ini.

Andai ini takdir untuk aku, aku redha.
Kadang dilema masih membelenggu diri.
Serba salah yang tiada henti.
Kerana sering meninggalkan permata hati.
Betapa kejamnya kurasakan diri ini.
Walau aku yakin dan tekad dengan jalan yang telah aku pilih.

Aku takkan pernah cuba untuk rasa menyesal.
Aku tetap gigihkan diri untuk tempuhi dugaan yang mendatang.
Terus sabar selagi masih ada kudrat dalam diri.
Walau apapun yang jadi,
Takkan sesekali aku cuba untuk berpatah balik.

Aku hanya mampu berhenti,
Aku hanya akan mendiamkan diri,
Aku akan mengangkat kaki dan terus berlalu pergi.

Ya Allah,
Kau tabahkanlah diri yang lemah lagi hina ini. 

Saturday, September 20

Keterlanjuran Kasih


Hakikat yang harus aku terima.
Kau masih cintakan yang lama.
Walaupun perit, terpaksa jua kuterima. Aku redha.
Ternyata jauh di sudut hati kau masih lagi mengharap padanya.
Kau menagih kembali cinta lama yang pernah kau kecewakan suatu masa dahulu.
Kerana kau yang ku sayang, aku pasrah.
Walau kasih dari ku kau balas tanpa dipaksa, aku redha.
Kau begitu adil bagiku dalam membahagi kan kasih secara sama rata.
Aku cukup bahagia apa yang datangnya dari kau untukku tanpa mengharapkan sebarang balasan.
Hanya kesetiaan dan kejujuran yang mampu aku curahkan dalam hubungan ini.
Aku bahagia bila bersama kau. Kerana kau jugalah kurasakan diri ini cukup tenang dan dihargai.
Di sini aku doakan semoga apa yang kau dambakan selama ini akan menjadi kenyataan.
Lambat atau cepat, kau bersabarlah.
Jangan berputus asa dan teruskanlah berdoa dengan ikhlas.
Redha dengan segala ketentuan-Nya.
Andai segala apa yang kau hajatkan selama ini hampir tercapai, maka bersyukurlah.
Jangan lupa diri, teruskan berdoa dan tetapkanlah pendirian diri.
Semoga peristiwa lama takkan berulang kembali.
Demi menjaga hati, aku rela mengundurkan diri demi kebahagiaan bersama.
Walau kusedar atas keterlanjuran kasih antara kita selama ini, ku akui kadangnya ia teramat menyakitkan hati kerana arah penghujungnya yang masih lagi kabur.
Bukan kerana ku tak yakin diri, malah masih belum lagi pasti apa kesudahannya.
Aku pasrah...

Sunday, August 10

Hanya Aku.

Maaf kerana khilafku.
Maaf kerana kejahilanku.
Maaf atas segala salah silapku.
Maaf atas segala kekurangan diriku.
Maaf atas segala dosa-dosaku.

Tatkala diri sering dianggap munafik,
Sesungguhnya...
Seribu kemaafan diiringi dengan,
Sejuta penyesalan dan keinsafan dalam diri,
Kupohon dengan seikhlas hati,
Sungguh tak terluah dengan kata-kata,
Reaksi yang sukar tuk difahami,
Kupasti bahawa tiada siapa yang mengerti.

Dan kuyakin pasti,
Ketetapan pendirian diri masih goyah,
Dan masih mencari-cari siapa diri,
Dan kuakui...
Kerana ego masih menguasai dalam diri ini.

Kuyakin pasti.
Masih ada lagikah peluang untuk kali terakhir?
Patutkah? Mungkinkah?
Masih keliru.
Sekadar mengambil hati atau,
Mengikut keikhlasan hati?
Fobia. Trauma.
Itu yang masih aku rasakan hingga kini.
Masih terasa.
Cukup.

Berhenti mendesak.
Berhenti memaksa.
Berhenti menggunakan kekerasan.
Berhenti beri seribu tekanan.
Huru-hara jadinya.
Mohon tiada gangguan.
Rimas.

Masih perlukan ruang dan masa,
Untuk mencari jawapan yang pasti.

Jauh disudut hati adakah ia...
Terlalu mementingkan diri sendiri,
Tanpa pedulikan yang lain disisi.
Hanya mengikut degil diri,
Hanya turuti rasa hati.
Kerapkali dianggap menyombong diri,
Kerana selesa bila menyendiri.
Sememangnya dari awal kusedari.

Hakikatnya...
Agak meluat bagi yang memerhati.
Tidak juga elok untuk didengari.
Tapi apa yang perlu aku peduli?
Hanya berdiam diri.
Sebab yang kusedia tahu pasti,
Kerana tiada yang mampu mengerti.

Malah...
Hanya kata-kata perli,
Hanya kata-kata umpatan,
Hanya kata-kata kutukan,
Hanya kata-kata sindiran,
Jelingan mata-mata yang penuh rasa kebencian.
Seakan dipulaukan.
Sememangnya dingin.

Sejujurnya,
Tidak ku ambil hati walau sedikit.
Cukup sebati. Lali.

Sebolehnya...
Bimbinglah,
Temanlah,
Tegurlah,
Berbincanglah,
Selami dan fahamilah.

Bertanyalah demi mengelak salah sangka.
Setiap apapun kata putus yang diberi,
Rasanya tak perlu dipertikaikan lagi.
Mengerti dan hormatilah.
Yakin dengan keputusan yang diberi.
Redha dan ikhlaskanlah.
Moga tiada rasa penyesalan di kemudian hari.

Kadang-kadang apa yang dilihat,
Tidak sesekali sama seperti yang difikirkan.
Tak juga semudah disangka apa yang dilaluinya.

Ruang. Peluang. Masa.
Pengertian. Pengorbanan.
Keikhlasan. Kesabaran. Kesedaran.
Masih lagi berdiam diri.

Berhenti mendesak,
Berhenti memaksa,
Berhenti mengugut,
Berhenti mengungkit.
Supaya diri tak terus membenci.
Hanya dengan sekelip mata,
Peluang terus berlalu pergi.
Sia-sia.

Friday, August 1

Biar Aku Sendiri.

Tak perlu memandai-mandai untuk membuat andaian sendiri.
Pasti ada sebab-sebab atas apa jua yang terjadi.
Tak perlu juga menuduh membabi buta dan menunding jari.
Aku hanya mengikut kata hati.
Aku juga tahu menjaga diri.
Kadangkala aku hanya ingin bersendiri.

Ikut kata hati pasti mati.
Apa yang dilakukan hanya kerelaan dari hati.
Tiada siapa mahupun apa-apa yang memaksa diri ini.
Apa pun yang berlaku tak perlu dipertikaikan lagi.
Tiada siapa yang menemani di sisi.
Percaya atau tidak, fikirlah berkali-kali.
Aku hanya ingin sendiri.
Demi mencari ketenangan di hati.
Harap dan mohon mengerti.
Semoga keserabutan yang ada berlalu pergi.
Ku hanya mampu berserah pada takdir Ilahi.

Aku yang masih tercari-cari kekuatan diri untuk hadapi dengan berani.
Aku yang masih belajar untuk meredhai pada setiap dugaan yang mendatang.
Aku yang terkapai-kapai kerana masih mencari dan mengenalpasti siapa diri.
Kelak, supaya lebih mudah untuk memuhasabah diri ini.

Andai ini takdir untuk aku, aku redha.
Kadang dilema masih membelenggu diri.
Serba salah yang tiada henti.
Kerana sering meninggalkan permata hati.
Betapa kejamnya kurasakan diri ini.

Walau aku yakin dan tekad dengan jalan yang telah aku pilih.
Aku takkan pernah cuba untuk rasa menyesal.
Aku tetap gigihkan diri untuk tempuhi dugaan yang mendatang.
Terus sabar selagi masih ada kudrat dalam diri.
Walau apapun yang jadi,
Takkan sesekali aku cuba untuk berpatah balik.
Aku hanya mampu berhenti,
Aku hanya akan mendiamkan diri,
Aku akan mengangkat kaki dan terus berlalu pergi.
Ya Allah, Kau tabahkanlah diri yang lemah lagi hina ini.

My Official Blog Own By Nelly Sofeea Since 2010